Saturday, November 17, 2018

Topi Ahli Magik


Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Melor Rahman


Jualan murah pensel warna.

"Anak siapa makan pencil color? Now boleh la tuan/puan stock up pencil color. Beli sorok dalam peti besi. Catu ya.

Murah ni.

Kat Tesco."

- Petikan tersebut diambil dari halaman Facebook Puan Melor Rahman.


Hebat tak anak-anak kita? Bukan kita mommies sahaja yang pandai menukar-nukar topi, topi Chef Mama lah, topi Doktor Mama lah, topi Pakar Psikologi lah dan macam-macam topi lagi; anak-anak kita juga pandai menukar topi.

Topi apa pulak ni? Topi Ahli Magik! Betul. Rata-rata ramai mak-mak rasanya yang akan bersetuju dengan kenyataan saya ini.

Baru beli, petang nanti balik sekolah, pensel warna akan hilang. MAGIK!

Lagi sebulan, tinggal kulit je. MAGIK!

Ok. Beli 4 terus. Masa tu kena pulak waktu kedai alatulis buat jualan murah. "Back To School Sale" lah katakan. Pertengahan tahun gitu. Fokus buat stock. Kononnya, ini cukuplah sampai akhir tahun.

Akhirnya baru nak masuk bulan Oktober, kena beli baru. MAGIK!

Macam-macam magik depa ni. Poning omak kau!

Masa nilah otak berfikir nak meniaga alatulis budak sekolah. Jual kat online. Seorang rakan niaga yang pernah bersama-sama bermastautin di China menghantarkan text kepadaku. Kami saling bertukar-tukar idea mengenai bisnes alatulis pula. Menarik juga hendak kalau menjual peralatan kembali ke sekolah.

Lagi satu, aku fikirkan boleh mengambil peluang untuk menghadiahkan alatulis dengan setiap pembelian beberapa ratus. Hendak meriah, buatlah peraduan. Menang hadiah peralatan alatulis Smiggle. 

Mak-mak mesti seram kan dengar perkataan tu. Kalau belum tahu lagi, sila Google gambar-gambar peralatan alatulis yang comel dan "have-have" tu. Harganya, Ya Rabbi. Hahaha.

 Kalau dah otak bisnes, asyik fikir ke arah bisnes sahaja. Betul tak?



Yang Magik,

Mak Terkejut Pensel Warna Selalu Hilang

No comments:

Post a Comment