Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairunnisa
Rombak demi rombakan. 2 system unit serta 1 laptop menghuni meja ini.
Inilah setup yang versi kedua terakhir. Dah banyak kali rombak angkut sini ubah sana. Fasa terakhir akan selesai selepas langsaikan hutang entri kelas penulisan. Sudah bekerja sendiri pun masih ada kelas. Ya. Belajarlah sehingga ke negeri China.
Dalam fasa terakhir "setup" komputer untuk dibawa ke ekspo. |
Lepas satu-satu, masalah yang semua dilabelkan URGENT: FOR YOUR ATTENTION.
Kalau dapat emel macam ni daripada HOD, memang kau kena langsaikan segera. Itulah pekerja berdedikasi namanya.
Kalau bekerja sendiri, semua memo yang kau dapat tu daripada kau sendiri. Kaulah boss, kaulah pekerja.
Working At Home Mom (WAHM) terma yang dahulunya asing, kini rasanya dipegang oleh ramai kaum-kaum mommies kat FB ni kan? Pelbagai cerita yang kita boleh ceritakan. Lagi-lagi berbisnes bersama anak-anak tercinta membesar di depan mata.
Susah senang kami cuba harungi bersama. Takkan bila senang bersama, bila susah erm.. sayonara?
Bagi pengalaman sendiri, benda yang kedua beban dalam soal berumahtangga yang kena selesaikan terlebih dahulu adalah rancangan pengurusan kewangan. Bila sudah selesai, macam-macam kerja lain dapat diselesaikan.
Itu, cerita lain kalilah.
Sayonara!
No comments:
Post a Comment