Saturday, November 17, 2018

Tips Untuk Membuat Customer Refund Dengan Cara Yang Cepat Dan Memudahkan


Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairunnisa





Family kecilku dari bujang hingga ke anak tiga adalah bermulanya di bandar Puchong.

Zaman bujang, berulang-alik dari Puchong ke MMU Cyber Jaya, kemudian bekerja ulang-alik dari Puchong ke Subang Jaya.


Parkir percuma selama sejam bagi minima pembelian RM20 ke atas di Tesco. 

Berkahwin pun di Puchong. Beranak pertama kalinya di Hospital Serdang dan kini menetap di Serdang, Seri Kembangan.

Di sinilah kerjaya saya berubah dari FTHW (Full Time House Wife) kepada WAHM (Working At Home Mom) apabila habisnya pantang anak kedua.

Dalam kandungan yang baru nak masuk fasa pertengahan semester, kami berpindah dari Puchong ke Seri Kembangan. Jadi, rasanya sudah tiga tahun tidak menjejakkan kaki ke sini.

TESCO Puchong, tempat saya selalu menjadikan meeting point untuk berjumpa pelanggan, agen, distributor dan sub-stokist perniagaan online.

Anak-anak saya suka berkunjung di sini sementara mama mereka nak tunggu appointment.


Jagalah surau awam sepertimana kita hendak bersolat di rumah.

Medan Selera yang telah diubahsuai.


Dari segi sistem dan SOP, mereka telah menaiktaraf. Lagi-lagi bahagian Khidmat Pelanggan.


Mesin penukaran duit 50 sen. Kembalikan troli kepada Tesco jika anda sayang duit anda. 
Jangan biarkan bersepah-sepah di lot parkir.


Katakan ada SALE. Kebiasaannya akan terpapar harga sebelum dan harga selepas. Ambil keluar handphone anda dan ambil gambar tersebut.



Contoh-contoh mengambil gambar tanda harga jualan murah. 


Dengan itu, proses checking (Staff kena ambil barang dari pelanggan dan pergi mencari produk tersebut sambil membawa produk dan resit ke tempat asal produk tu) yang anda lampirkan sebagai bukti gambar tadi; dah cukup bukti untuk dia refund balik duit anda.

Saya bayar pakai Self-Check Out Lane. Pembayaran yang dilakukan adalah dengan menggunakan kad debit.

Jadi apabila ada percanggahan jumlah pembayaran, mereka akan kreditkan kepada anda balik dengan wang tunai

Wah, bagus sistem barter ini.

Sesi menjawab soalan untuk proses pengkreditan.

Dengan berbakikan RM10, mama belanja upah anak-anak mama aiskrim kerana sanggup meneman mama mengambil gambar untuk assignment ini.

Jumlah kos upah: RM9.90 untuk tiga aiskrim premium dan satu aiskrim selama-lamanya perisa vanilla untuk anak bujang mama. 

Ada terselit juga aiskrim Hershey cokelat untuk si mama. Hei, mama juga perlukan upah! 😂



Yang Bersungguh-sungguh,

Mama Si Pemburu Jualan Murah.

No comments:

Post a Comment