Saturday, November 17, 2018

Tips Untuk Membuat Customer Refund Dengan Cara Yang Cepat Dan Memudahkan


Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairunnisa





Family kecilku dari bujang hingga ke anak tiga adalah bermulanya di bandar Puchong.

Zaman bujang, berulang-alik dari Puchong ke MMU Cyber Jaya, kemudian bekerja ulang-alik dari Puchong ke Subang Jaya.


Parkir percuma selama sejam bagi minima pembelian RM20 ke atas di Tesco. 

Berkahwin pun di Puchong. Beranak pertama kalinya di Hospital Serdang dan kini menetap di Serdang, Seri Kembangan.

Di sinilah kerjaya saya berubah dari FTHW (Full Time House Wife) kepada WAHM (Working At Home Mom) apabila habisnya pantang anak kedua.

Dalam kandungan yang baru nak masuk fasa pertengahan semester, kami berpindah dari Puchong ke Seri Kembangan. Jadi, rasanya sudah tiga tahun tidak menjejakkan kaki ke sini.

TESCO Puchong, tempat saya selalu menjadikan meeting point untuk berjumpa pelanggan, agen, distributor dan sub-stokist perniagaan online.

Anak-anak saya suka berkunjung di sini sementara mama mereka nak tunggu appointment.


Jagalah surau awam sepertimana kita hendak bersolat di rumah.

Medan Selera yang telah diubahsuai.


Dari segi sistem dan SOP, mereka telah menaiktaraf. Lagi-lagi bahagian Khidmat Pelanggan.


Mesin penukaran duit 50 sen. Kembalikan troli kepada Tesco jika anda sayang duit anda. 
Jangan biarkan bersepah-sepah di lot parkir.


Katakan ada SALE. Kebiasaannya akan terpapar harga sebelum dan harga selepas. Ambil keluar handphone anda dan ambil gambar tersebut.



Contoh-contoh mengambil gambar tanda harga jualan murah. 


Dengan itu, proses checking (Staff kena ambil barang dari pelanggan dan pergi mencari produk tersebut sambil membawa produk dan resit ke tempat asal produk tu) yang anda lampirkan sebagai bukti gambar tadi; dah cukup bukti untuk dia refund balik duit anda.

Saya bayar pakai Self-Check Out Lane. Pembayaran yang dilakukan adalah dengan menggunakan kad debit.

Jadi apabila ada percanggahan jumlah pembayaran, mereka akan kreditkan kepada anda balik dengan wang tunai

Wah, bagus sistem barter ini.

Sesi menjawab soalan untuk proses pengkreditan.

Dengan berbakikan RM10, mama belanja upah anak-anak mama aiskrim kerana sanggup meneman mama mengambil gambar untuk assignment ini.

Jumlah kos upah: RM9.90 untuk tiga aiskrim premium dan satu aiskrim selama-lamanya perisa vanilla untuk anak bujang mama. 

Ada terselit juga aiskrim Hershey cokelat untuk si mama. Hei, mama juga perlukan upah! 😂



Yang Bersungguh-sungguh,

Mama Si Pemburu Jualan Murah.

Topi Ahli Magik


Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Melor Rahman


Jualan murah pensel warna.

"Anak siapa makan pencil color? Now boleh la tuan/puan stock up pencil color. Beli sorok dalam peti besi. Catu ya.

Murah ni.

Kat Tesco."

- Petikan tersebut diambil dari halaman Facebook Puan Melor Rahman.


Hebat tak anak-anak kita? Bukan kita mommies sahaja yang pandai menukar-nukar topi, topi Chef Mama lah, topi Doktor Mama lah, topi Pakar Psikologi lah dan macam-macam topi lagi; anak-anak kita juga pandai menukar topi.

Topi apa pulak ni? Topi Ahli Magik! Betul. Rata-rata ramai mak-mak rasanya yang akan bersetuju dengan kenyataan saya ini.

Baru beli, petang nanti balik sekolah, pensel warna akan hilang. MAGIK!

Lagi sebulan, tinggal kulit je. MAGIK!

Ok. Beli 4 terus. Masa tu kena pulak waktu kedai alatulis buat jualan murah. "Back To School Sale" lah katakan. Pertengahan tahun gitu. Fokus buat stock. Kononnya, ini cukuplah sampai akhir tahun.

Akhirnya baru nak masuk bulan Oktober, kena beli baru. MAGIK!

Macam-macam magik depa ni. Poning omak kau!

Masa nilah otak berfikir nak meniaga alatulis budak sekolah. Jual kat online. Seorang rakan niaga yang pernah bersama-sama bermastautin di China menghantarkan text kepadaku. Kami saling bertukar-tukar idea mengenai bisnes alatulis pula. Menarik juga hendak kalau menjual peralatan kembali ke sekolah.

Lagi satu, aku fikirkan boleh mengambil peluang untuk menghadiahkan alatulis dengan setiap pembelian beberapa ratus. Hendak meriah, buatlah peraduan. Menang hadiah peralatan alatulis Smiggle. 

Mak-mak mesti seram kan dengar perkataan tu. Kalau belum tahu lagi, sila Google gambar-gambar peralatan alatulis yang comel dan "have-have" tu. Harganya, Ya Rabbi. Hahaha.

 Kalau dah otak bisnes, asyik fikir ke arah bisnes sahaja. Betul tak?



Yang Magik,

Mak Terkejut Pensel Warna Selalu Hilang

Bagaikan Dilanda Todak

Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairunnisa


Rombak demi rombakan. 2 system unit serta 1 laptop menghuni meja ini.

Inilah setup yang versi kedua terakhir. Dah banyak kali rombak angkut sini ubah sana. Fasa terakhir akan selesai selepas langsaikan hutang entri kelas penulisan. Sudah bekerja sendiri pun masih ada kelas. Ya. Belajarlah sehingga ke negeri China.

Dalam fasa terakhir "setup" komputer untuk dibawa ke ekspo.

Lepas satu-satu, masalah yang semua dilabelkan URGENT: FOR YOUR ATTENTION.

Kalau dapat emel macam ni daripada HOD, memang kau kena langsaikan segera. Itulah pekerja berdedikasi namanya.

Kalau bekerja sendiri, semua memo yang kau dapat tu daripada kau sendiri. Kaulah boss, kaulah pekerja.

Working At Home Mom (WAHM) terma yang dahulunya asing, kini rasanya dipegang oleh ramai kaum-kaum mommies kat FB ni kan? Pelbagai cerita yang kita boleh ceritakan. Lagi-lagi berbisnes bersama anak-anak tercinta membesar di depan mata.

Susah senang kami cuba harungi bersama. Takkan bila senang bersama, bila susah erm.. sayonara?

Bagi pengalaman sendiri, benda yang kedua beban dalam soal berumahtangga yang kena selesaikan terlebih dahulu adalah rancangan pengurusan kewangan. Bila sudah selesai, macam-macam kerja lain dapat diselesaikan.

Itu, cerita lain kalilah.

Sayonara!

Aku Bukan Doktor Pakar

Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairnnisa


Sesi menetas jahitan di langsir menggunakan alatulis syarikat.


Aku bukan bekerja dalam bidang perubatan di bahagian ENT ya. Ada jugak yang bertanya, "You ni kerja medic line ke?". Oh, tidak, bukan sama sekali. Jauh panggang dari api. Memang pernah berimpian nak jadi doctor. Waktu kecil memang kalau boleh cita-cita asyik nak bertukar sahaja. Doktor, majistret dan juga ahli muzik! Hahaha.

Ku tak takut jarum, ku tak takut darah. Kecik2, memang hobiku suka buat pembedahan. Pembedahan kat siapa tu, janganlah ditanya. Biarlah rahsia. 😂

Rasanya diri ini lebih kepada bidang komputer kot. Siang malam bertemankan komputer. Selalu ikut ayah ke pejabatnya. Temankannya kerja sampai lewat malam. Projek dan tender adalah makanan ruji dia. Suka hadir mesyuarat bersama pembekal-pembekal dan mendengar perbualan mereka di dalam biliknya. 

Dulu-dulu tidak ada Internet macam sekarang. Maka, Dora The Explorer (aku lah tu), sehabis mungkin membega software-software yang ada dalam komputer staff-staff di ofis ayah dulu. Game yang boleh main pun game Solitaire. Aku hebat bermain game Solitaire. 😎

Oh ya, ENT tu bermaksud Enterprise. Kalau tak label, nanti ada potensi untuk orang "ter"copet atau terlupa siapa tuan sebenar barang tersebut. Almaklumlah, masa booth konpem akan ada sesi pinjam meminjam sesama jiran tetangga. 😍😍😍

Dapat idea ini pun daripada "culture" orang-orang bekerja di ofis masa dulu. Semuanya ada label. Jadi bila kita meminjam, kita tahu ini barang siapa, cubicle dia kat mana dan letak balik di tempat yang sepatutnya.

Memang ayah selalu marah kalau ambil barang staff tetapi selalu pesan juga, perlu letak balik ke tempat asal.Best tahu? Macam pergi membeli-belah di kedai alatulis. Semua pun ada. Heavy-duty photocopy machine semuaku explore.


Yang Sukakan Alatulis,

Dora The Explorer


Macam Rancangan Memasak

Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairunnisa




Fettucini carbonara nama diberi. Bebas garam masakan.


1st "classhing" lah Sayang!

Bila suamimu tengok mu macam lipas kudung kemas rumah macam dah nak sambut menantu; suamimu masak masakan yang rasanya hanya boleh digambarkan seperti dapat merasa masakan yang terhasil apabila kamu tengah tengok rancangan "My Kitchen Rules". Setiap hari Khamis, hanya di Astro, rancangan... eh. Teriklan pula. 

Biasanya kalau kita tengan tengok rancangan itu, air liur kita mesti meleleh, bukan? Setiap bahan yang mereka sediakan, kita dapat bayangkan rasa dan bau masakan tersebut.

Kali ini, lain pula ceritanya. 

Kali ini, dapat makan! Hahaha!

Nasib baiklah suamiku ini seorang yang pandai masak. 

Menurun daripada si isteri barangkali. 

Hello! Hello! Si isteri pun hendak tumpang kredit! 😂


Yang Berlipas Kudung,


Mak Keja Laju Macam Ketapi.

Tuesday, November 13, 2018

Cara-Cara Melakukan Order Melalui Aplikasi Dalam Talian Shopee


Teks dan gambar:
Sharifah Khairunnisa


Salam sejahtera kepada semua peniaga baharu dan tidak lupa juga kepada peniaga lama saya. Tujuan entri ini ditulis adalah sebagai panduan kepada kalian semua supaya mendapat gambaran terperinci untuk melakukan tempahan pelanggan (customer) kepada saya (supplier). 

Sebelum memulakan perjalanan baharu untuk memulakan bisnes "dropship", anda wajib memenuhi kriteria-kriteria tersebut:


  • Mempunyai gajet telefon pintar yang mempunyai akses internet.
  • Mempunyai akaun Shopee


Logo aplikasi Shopee


  • Mempunyai akaun online banking seperti Maybank2u, CIMBClicks atau mana-mana online banking yang lain. Pastikan ada baki duit yang mencukupi untuk membuat pembelian di aplikasi Shopee.

Mari kita mulakan membuat 1 tempahan.

  1. Log masuk ke dalam aplikasi Shopee
  2. Carian kedai saya adalah "axirique" atau terus klik pada pautan tersebut - www.shopee.com.my/axirique
  3. Boleh gunakan carian di atas sekali untuk menapis produk yang ingin dicari. Contohnya guna kata kunci "Dropship". Semua produk yang ada label dropship akan dipaparkan di skrin anda.
  4. Klik pada barang yang ingin ditempah oleh pelanggan anda.
  5. Kemudian klik "Buy Now" jika hanya ada 1 tempahan atau klik "Add to Cart" jika ada produk lain yang ingin ditempah.
  6. Klik pada kotak "Voucher" untuk memilih "Free Shipping Voucher". Pastikan pembelian tempahan adalah sama atau melebihi RM35 untuk layak menikmati voucher tersebut. Klik Ok.
  7. Klik butang "Check Out".
  8. Pastikan Nama, Alamat dan No Telefon penghantaran adalah betul.
  9. Pilih "Payment Method" - Credit Card / Shopee Wallet / Online Banking / ATM / Bank Transfer
  10. Klik "Place Order".
  11. Klik "Pay"
  12. Tahniah. Anda telah berjaya melakukan transaksi yang berjaya

Sunday, November 11, 2018

Mengigil Dipanggil

Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairunnisa


Esok MGTT? Oh, tidak!

Surat cinta daripada jururawat Klinik Kesihatan


Harap-harap keputusan ujian adalah positive. Tak sanggup nak redah pregnancy kalau result GDM positive.

Rasa macam berat naik mendadak ni sebab selera makan macam dah berganda kuasa tiga je sejak dah hilang segala perasaan mabuk.

Bayangkan. Time subuh dah makan breakfast, balik dari hantar budak sekolah makan lagi. Kemudian dalam pukul 10 / 11am badan dah mengigil nak kena makan makanan berat. Nasi dagang tu dah macam makanan ruji dah.

Belum bukak cerita makan tengahari dan makan malam. Lepas tu kalau terbangun tengah-tengah malam, cerita dia macam mana pula? Ya Allah. Takut!

Bukan sebab nafsu makan, nak makan itu, nak makan ini, tapi memang mengigil teruk tau kalau tak makan. Hilang focus, hilang tenaga. Lemau.

Alahai. Malam ni pukul 12 dah kena puasa. Tak kisah sangat pasal minum air gula. Tak hairan pun kena teguk air glukos tu sebab boleh telan sekali harung je.

Yang kisah, macam mana nak tahan puasa lebih daripada 12 jam. Tak mungkin minum air glukos tu tepat2 pada pukul 8 pagi dan buka puasa pada pukul 10 pagi.

Tolong doakan mak dapat keputusan yang cantik. Bebas diabetes.



Yang Takut,

Mak Gigil Mokmok.