Saturday, November 17, 2018

Aku Bukan Doktor Pakar

Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairnnisa


Sesi menetas jahitan di langsir menggunakan alatulis syarikat.


Aku bukan bekerja dalam bidang perubatan di bahagian ENT ya. Ada jugak yang bertanya, "You ni kerja medic line ke?". Oh, tidak, bukan sama sekali. Jauh panggang dari api. Memang pernah berimpian nak jadi doctor. Waktu kecil memang kalau boleh cita-cita asyik nak bertukar sahaja. Doktor, majistret dan juga ahli muzik! Hahaha.

Ku tak takut jarum, ku tak takut darah. Kecik2, memang hobiku suka buat pembedahan. Pembedahan kat siapa tu, janganlah ditanya. Biarlah rahsia. 😂

Rasanya diri ini lebih kepada bidang komputer kot. Siang malam bertemankan komputer. Selalu ikut ayah ke pejabatnya. Temankannya kerja sampai lewat malam. Projek dan tender adalah makanan ruji dia. Suka hadir mesyuarat bersama pembekal-pembekal dan mendengar perbualan mereka di dalam biliknya. 

Dulu-dulu tidak ada Internet macam sekarang. Maka, Dora The Explorer (aku lah tu), sehabis mungkin membega software-software yang ada dalam komputer staff-staff di ofis ayah dulu. Game yang boleh main pun game Solitaire. Aku hebat bermain game Solitaire. 😎

Oh ya, ENT tu bermaksud Enterprise. Kalau tak label, nanti ada potensi untuk orang "ter"copet atau terlupa siapa tuan sebenar barang tersebut. Almaklumlah, masa booth konpem akan ada sesi pinjam meminjam sesama jiran tetangga. 😍😍😍

Dapat idea ini pun daripada "culture" orang-orang bekerja di ofis masa dulu. Semuanya ada label. Jadi bila kita meminjam, kita tahu ini barang siapa, cubicle dia kat mana dan letak balik di tempat yang sepatutnya.

Memang ayah selalu marah kalau ambil barang staff tetapi selalu pesan juga, perlu letak balik ke tempat asal.Best tahu? Macam pergi membeli-belah di kedai alatulis. Semua pun ada. Heavy-duty photocopy machine semuaku explore.


Yang Sukakan Alatulis,

Dora The Explorer


No comments:

Post a Comment