Friday, November 9, 2018

Suratan Atau Kebetulan?

Teks dan gambar:

Sharifah Khairunnisa


Dah lama tak baca surat khabar. Tak tahu kenapa. Sibuk atau buat buat sibuk?
Yang pasti, premis ni betul betul sibuk sampai terlupa nak tukar suratkhabar ni barangkali.


Terpanggil untuk betulkan suratkhabar ini kerana anak bermain dengan pengetip suratkhabar ni sampai terburai isinya.

Baru hendak membaca, terbantut pula terlihat tarikhnya. 5 November. Ya. Harijadiku.

Kebetulan esok adalah hari keramaian untuk ketiga-tiga ahli keluarga yang lahir pada bulan November.

Tarikh-tarikh penting bagi aktiviti persekolahan pelajar Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi November 2018


Apa nak buat, semua boleh hadir kecuali keluarga kecil kami. Mungkin aku terlepas pandang takwim 2018 dan juga memo cuti ganti hari persekolahan.

Aku kembalikan suratkhabar itu ke tempatnya dengan penuh amaran kepada si tukang sepah itu.

Yang Sedih,
Mak Supir.

No comments:

Post a Comment