Thursday, November 8, 2018

Tak Jadi Mak Lampir

Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairunnisa
                                                         
Bila mak supir tekanan jiwa, mak supir akan buat kerja buruh tanpa gaji.


Ruang mengambil gambar produk.


"DIY" memang dah sebati dalam diri ini semenjak kecil lagi. Ayah adalah seorang jurutera, jadi banyak meluangkan masa di rumah menukang itu dan ini.


Mari mengecat dinding!



Masa kecil dulu, seronok kalau dipanggil menjadi pembantu beliau, lagi-lagi sewaktu hujung minggu. Boleh meluangkan masa dengannya.

Ayah selalu ke luar kawasan, lagi-lagi kawasan pedalaman. Sibuk dengan projek dia. Kadang-kadang, ikut dia juga. Sampai ke besar. Dari situlah bermulanya kerjaya pertama sebagai supir. Haha. Nanti kita cerita lain kali tentang kerjaya saya sebagai "Lady Driver".

Oleh kerana dari kecil sudah dijadikan pembantu, jadi sudah biasa bertukang dengan spanar, tukul, mesin pemotong rumput, mesin memotong besi / kayu, drill dan pelbagai lagi alat-alat tukang yang kebiasaannya sinonim dengan kaum lelaki.


Boleh mulakan projek seterusnya yang sudah lama tertangguh.



Mengecat? Alah bisa sahaja. Buat geli-geli hilang stress yang terbuku di hati. Nanti kalau tertukar watak daripada mak supir ke mak lampir, ada yang merajuk tarik muka 16 depa nanti.



Sekian yang penat tak ada noktahnya,

Mak supir separuh hari.

No comments:

Post a Comment