Wednesday, November 7, 2018

Kalis Api Neraka

Teks: Sharifah Khairunnisa
Gambar: Sharifah Khairunnisa

Jalan-jalan di pameran UPM, terjumpa stokin ini. Yahoo! Beli 2 pasang terus.
                             


Bagusnya siapa yang cipta stokin ni. Ada biji-biji supaya bila dipakai dengan selipar, tak akan tergelincir. Selama ni pakai stokin yang tiada biji sambil memakai selipar, sungguh menyiksakan! Apa taknya, bila licin, kita tiada grip terhadap selipar tersebut. Dahlah diri ini selalu sakit pinggang. Jadi nak kena balance pula dan fokus kepada setiap langkah. Ah. Susah. Jadinya pakai kasut sukan sahaja.


Sejenis yang akan berkasut sukan ke mana sahaja termasuklah bergaya di hari raya.
                     
Maaf ya kepada kawan-kawan yang meniaga stokin aurat jika sebelum ini saya tidak membeli daripada kalian stokin aurat untuk selipar. Bukan tak berminat dengan warna-warni dan pelbagai desain menarik, tapi pada saya, tidak praktikal untuk orang yang sakit pinggang seperti saya. Mungkin kalau kainnya diperbuat daripada bahan lain seperti kapas dan bukan nylon; saya beli.

Kadang-kadang, produk perlu ditambahbaik supaya menepati citarasa pelanggan. Pelanggan yang cerewet macam saya. Haha. 

Kini saya sudah boleh bergaya dengan selipar jamban ke mana-mana sahaja.


  Selipar jamban kegemaran sang suami. Saya punya tah kemana entah hari tu.
                   

Terima kasih stokin aurat berbiji. Boleh diperbaiki lagi dari segi ketebalan materialnya. 

Tiba-tiba teringat "tagline" seorang penjual - Kalis Api Neraka. Menarik.

No comments:

Post a Comment